Sunday, July 24, 2016

IMPAK KEDATANGAN PENJAJAH KE ATAS
NEGARA MALAYSIA

1.0              Pengenalan
Ramai yang menyedari bahawa Malaysia telah dijajah oleh beberapa buah kuasa asing. Kuasa tersebut terdiri daripada  Portugis, Belanda, British dan Jepun. Dari segi sejarah, Malaysia telah dijajah hampir 446 tahun yang mana ia bermula dengan kejatuhan kerajaan Melayu Melaka ke tangan Portugis pada tahun 1511. Kedatangan kuasa-kuasa asing ini pada peringkat awal lebih tertumpu dalam aspek  perdagangan yang berlangsung di Tanah Melayu. Berikutan kesilapan, kelemahan dan masalah dalam negeri-negeri Melayu berkenaan, kuasa-kuasa asing ini telah mengambil kesempatan dan peluang yang ada pada ketika itu untuk menjajah Tanah Melayu.

Tambahan pula, kuasa-kuasa asing ini sememangnya mempunyai sebab-sebab utama demi kepentingan kuasa masing-masing untuk menjajah negara-negara di Asia Tenggara. Hal ini adalah selaras dengan matlamat penjajah untuk memperolehi dan menguasai kawasan yang mempunyai sumber bahan mentah serta menyebarkan agama mereka antaranya agama Kristian. Motif  3G iaitu Gold, Glory dan Gospel telah dijadikan sebagai slogan kedatangan penjajah pada peringkat awal di negara ini.

Penjajah telah meninggalkan pengaruh yang agak kuat ke atas negara ini khususnya yang berkaitan dengan sistem pentadbiran, ekonomi dan pendidikan. Penjajah juga telah meninggalkan kesan pada hubungan etnik di negara ini. Impaknya, Malaysia pada hari ini telah muncul sebagai sebuah negara yang bukan sahaja mempunyai masyarakat yang berbilang kaum tetapi juga kaya dengan warisan sejarah sehingga menjadi tumpuan para pelancong dari dalam dan luar negara.


2.0              Penjajah-penjajah di Tanah Melayu

Penjajah pertama ialah Portugis yang menduduki Melaka selama 130 tahun, iaitu daripada tahun 1511 hingga tahun 1641. Walaupun begitu lama menjajah  Melaka, namun Portugis tidak berjaya meluaskan pengaruhnya. Usaha-usaha untuk menawan Naning dan Rembau telah mengalami kegagalan. Pengaruh Portugis pada ketika itu hanyalah di sekitar bandar Melaka dan matlamat asal kuasa ini untuk mengembangkan agama Kristian juga tidak berkesan.

            Penjajah kedua ialah Orang Belanda mula berdagang di kepulauan melayu pada abad ke-17. Pusat perdagangan utamanya ialah di Betawi(jakarta) di pulau Jawa.mereka menubuhkan syarikat hindia timur Belanda, pada tahun 1602 dengan tujuan untuk menguasai perdagangan rempah di kepulauan melayu , disamping untuk memonopoli perdagangan bijih timah di negeri-negeri melayu . Belanda telah menghancurkan kekuasaan Portugis di Melaka dengan matlamat utama untuk menarik pedagang-pedagang di Betawi . Dalam tahun 1641 Portugis di Melaka dapat dikalahkan dengan bantuan kerajaan Johor .Bagaimanapun Portugis,Belanda tidak banyak meningalkan kesan sejarah kepada penduduk di negara ini.

Seterusnya, kuasa ketiga yang wujud di Tanah Melayu adalah Inggeris. Kedatangan Inggeris di Tanah Melayu bermula apabila Francis Light menduduki Pulau Pinang pada 11 Ogos 1786 diikuti pula oleh Stamford Raffles yang telah menduduki Singapura pada 6 Februari 1819. Dari semasa ke semasa, British cuba menguasai keseluruhan Tanah Melayu . Empayar Johor berakhir apabila Singapura dan tanah besar Johor jatuh ke tangan British.

Kuasa keempat yang menjajah Tanah Melayu ialah Jepun iaitu pada 15 Februari 1942 . Pendudukan Jepun berakhir pada 12 September 1945, iaitu kira-kira hampir  tiga tahun setengah. Jepun telah membuat slogan yang dibawa oleh tentera Jepun iaitu ‘Asia untuk orang Asia’,dan ramai penduduk Tanah Melayu yang terpengaruh denggan slogan Jepun tersebut.

3.0              Impak kedatangan penjajah di Malaysia.
3.1              Portugis
3.1.1        Ekonomi
Portugist telah membina Kota A Famosa atau Porta de Santiago bermaksud "Yang Termashur" sebaik sahaja berjaya menawan Melaka pada tahun 1511. A Famosa terletak di Bandar Hilir, Melaka bersebelahan replika Istana Kesultanan Melaka dan Gereja St. Paul. Ia merupakan seni bina Eropah tertua yang masih ada di Asia. A Famosa terletak di Bandar Hilir, Melaka bersebelahan replika Istana Kesultanan Melaka dan Gereja St. Paul. Ia merupakan seni bina Eropah tertua yang masih ada di Asia.
3.1.2        Social
Antara kesan peninggalan penjajah Portugis hingga ke hari ini ialah kewujudan masyarakat,akibat perkahwinan orang Portugis dengan penduduk tempatan , pengenalan tulisan rasmi kepada  masyarakat melayu , kewujudan perkataan yang berasal dari bahasa Portugis seperti palsu , almari , jendela , garpu dan tuala.Kesan yang penting ialah kejatuhan kesultanan melayu melaka dan membawa kepada kemunculan kerajaan melayu-Riau , namun pengaruhnya tidak berkesan.
            Wujudnya kaum Eursia disebabkan kahwin campur orang portugist dengan orang melayu. Orang portugist mula makan dengan mengunakan tangan. lahirnya masyarakat Serani beragama Kristian di Melaka hasil perkahwinan orang Portugis dengan penduduk tempatan.
Berkembangnya agama Kristen atau Katholik di Maluku yang disebarkan oleh Fransiscus Xaverius. Berkembangnya musik Keroncong berasal dari Portugis, dan  peninggalan bangunan yang berupa benteng-benteng Portugis.





3.2              Belanda

3.2.1        Politik
Perdagangan yang berkembang pesat telah mendorong pedagang-pedagang Belanda menubuhkan Syarikat Bersatu Hindia Timur ataupun VOC (Vereenigde Oost-Indische Compagnie) pada 20 Mac 1602. Tujuan utama penubuhan VOC ialah menguasai perdagangan rempah dan juga memonopoli perdagangan bijih timah.
Belanda telah menjadikan Betawi sebagai sebuah pelabuhan perdagangan dan ini telah memberi impak besar iaitu pelabuhan Melaka telah mengalami kemerosotan populariti.
Belanda semakin kuat kerana campurtangan yang intensif dalam masalah istana, seperti pergantian takhta, urusan pentadbiran dan ekonomi.

3.2.2        Ekonomi
Belanda telah menbina bangunan Stadthuys sebagai penempatan rasmi Gabenor Belanda dan Timbalan Gabenor di Melaka pada tahun 1650.
Belanda akan menyerahkan Melaka kepada pihak British dan sebagai balasannya pihak British pula akan memberikan Bangkahulu kepada pihak Belanda.

3.2.3        Social
Peningalan kubur Belanda yang terkenal ini terletak di Bandar Hilir , Melaka bersebelahan dengan replika Istana Kesultanan Melaka




3.3              Inggeris/ British
3.3.1        Politik
Orang melayu mula bersatu dan Tertubuhnya persatuan-persatuan yang bercorak kenegerian seperti Persatuan Melayu Selangor, Persatuan Melayu Kelantan, Persatuan Melayu Perak, Persatuan Melayu Pahang dan sebagainya.
Wujudnya penentangan orang Melayu secara besar-besaran terhadap pengenalan Malayan Union pada tahun 1946 .Terbentuknya Parti UMNO pada tahun 1948 .

3.3.2        Ekonomi
Selain itu, British telah memperkenalkan ekonomi dagangan seperti pertanian dan perlombongan yang melibatkan lebihan pengeluaran untuk pemasaran. Pengeluaran dalam skala yang besar, buruh yang ramai, modal besar dan pemasaran lebih luas.Bijih timah dipasarkan ke China, Jepun dan India Kawasan lombong di sungai dan diusahakan oleh buruh tempatan Kedatangan British meminggirkan ekonomi orang Melayu.
Seterusnya, wujud ekonomi tradisional dan ekonomi dagangan. Selain itu Pantai barat dan timur juga tidak seimbang ekonominya. Akhirnya British mengambil alih ekonomi dagangan dan membawa masuk buruh China.
           
            Kesan-kesan penjajahan barat terhadap msyarakat ialah munculnya semangat nasionalisme, dan berkembangnya sektor kesihatan bandar dan luar Bandar seperti memperkenalkan sistem perubatan moden dengan adanya doktor, jururawat, klinik, palang merah dan pusat-pusat kesihatan.
seterunya, orang barat telah menbina Hospital kerajaan terawal dibina di Taiping dan Kuala Lumpur, dan   Pusat perubatan pula dibina di Batu Gajah, Kuala Kangsar dan Kuala Lumpur, untuk membantu mengubati pekerja-pekerja ladang dan juga penduduk tempatan yang menghidap penyakit Malaria, beri-beri, taun dan sebagainya.
Orang barat juga telah mewujudkan Sanitary Board iaitu lembaga yang menjaga kebersihan dan kesihatan awam di bandar Kuala Lumpur.
Seterusnya, orang barat juga melaksanakan Sistem pengangkutan dan perhubungan iaitu Jalan kereta api dibina untuk mempercepatkan pengangkutan bijih timah ke pelabuhan untuk dieksport, contohnya Taiping ke Port Weld, Seremban ke Port Dickson, Kuala Lumpur ke Port Swettenham. Pengangkutan kereta api juga menggalakkan pembukaan tanah baru di pedalaman dengan tanaman getah.
Di samping itu, jalan denai dan kereta lembu yang digunakan untuk mengangkut bijih timah dan getah ke pangkalan sungai telah digantikan dengan jalan raya, Jalan raya terus berkembang khasnya apabila kenderaan bermotor diperkenalkan Beberapa rangkaian jalan raya disiapkan. Orang barat juga telah menperkenalkan sistem perhubungan seperti telegraf, telefon dan pos untuk Kemudahan pengangkutan dan perhubungan. Oleh sebab itu, jalan raya dan jalan kereta api terlah berkemban ,dan masih digunakan di Malaysia hinga masa kini.
Selain itu, orang british telah menperkenalkan penggunaan mata wang di tanah malayu iaitu penggunaan wang kertas yang di keluarkan oleh kerajaan british bagi Negeri – Negeri Selat dibawah Lembaga Pesuruhjaya Wang. Wang ini sahaja yang sah digunakan, wang kerajaan melayu kian pupus.Sampai sekarang rakyat Malaysia masih mengunakan mata wang kertas untuk menbeli barang.
British telah menperkenalkan sekolah-sekolah vernacular Melayu dan Inggeris seperti di tanah melayu seperti, Penang Free School yang merupakan sekolah Inggeris pertama dibina di Tanah Melayu.
Selain itu, ada juga Sekolah Melayu, Sekolah Cina dan Sekolah Tamil
Penubuhan Sekolah Inggeris di Tanah Melayu pada waktu itu telah memberi peluang kepada penduduk Tanah Melayu mempelajari bahasa Inggeris dan menyambung pengajian mereka ke peringkat yang lebih tinggi.
Seturusnya, Berkembangnya sektor kesihatan bandar dan luar Bandar terhadap masyarakat Melayu sebelum kedatangan penjajah British kebanyakannya mengamalkan perubatan secara tradisional dan bergantung kepada pawang atau bomoh untuk mengubati penyakit. Penjajahan British di Tanah Melayu telah memperkenalkan sistem perubatan moden dengan adanya doktor, jururawat, klinik, palang merah dan pusat-pusat kesihatan. Lama kelamaan pusat-pusat kesihatan ini telah berkembang daripada bandar ke kawasan luar bandar.
Pihak British telah membina infrastruktur seperti kemudahan jalan raya, jalan keretapi serta pelabuhan. Kawasan ini juga dijadikan pusat pentadbiran British dengan kelengkapan telegraf, bangunan pentadbiran, sekolah dan sebagainya. Bermula dari sinilah wujudnya dua kawasan pembangunan yang berbeza di Tanah Melayu iaitu kawasan pentadbiran British menjadi bandar dan kawasan penduduk tempatan di kampung-kampung.
3.3.3        Social
Pantai barat dan timur juga tidak seimbang ekonominya. Akhirnya British mengambil alih ekonomi dagangan dan membawa masuk buruh China.
Sebelum kedatangan British ke Tanah Melayu, penduduk Tanah Melayu telahpun mempunyai sistem pendidikan mereka sendiri iaitu pendidikan agama dan sekolah pondok.
British juga telah memperkenalkan tulisan rumi kepada penduduk Tanah Melayu selain tulisan Jawi yang digunakan oleh orang Melayu pada waktu itu. Oleh sebab itu,tulisan rumi dan bahasa ingerris masih di gunakan di Malaysia hingak ke hari ini.
British telah mebawa masuk buruh-buruh daripada China dan India ke Tanah Melayu untuk bekerja di lombong bijih timah dan ladang getah kepunyaan British. Disebabkan, pada masa itu Suasana politik di negara asal mereka yang tidak menentu menyebabkan buruh Cina dan India merasa terpanggil untuk mencari rezeki di Tanah Melayu. pada awal tahun 1920-an hingga 1930-an telah menyaksikan kemasukan buruh-buruh dari China dan India yang ramai ke Tanah Melayu. Bermula dari sinilah bermulanya masyarakat majmuk di Tanah Melayu dengan kehadiran orang Cina dan India yang akhirnya menjadi penduduk tetap Tanah Melayu.Disebabkan itu, Malaysia telah menjadi negara yang bebilang kaum.
Seterusnya, masyarakat Tanah Melayu Sebelum penjajahan British kebanyakannya tinggal di kawasan pedalaman, kampung-kampung dan juga di sepanjang sungai. Mereka menjalankan kegiatan ekonomi secukup hidup dengan bertani, menangkap ikan dan memungut hasil-hasil hutan. Kedatangan British telah mengubah lanskap atau demografi Tanah Melayu apabila wujudnya kawasan bandar akibat perkembangan pesat perlombongan bijih timah dan getah


3.4              Jepun
3.4.1        Politik
Di sebabkan telah di jajah oleh Jepun ,telah menberibanyak kesan terhadap penduduk tanah melayu.Antara kesan penjajahan  ialah kesan politik iaitu penentangan terhadap penjajahan British oleh beberapa individu seperti Dato’ Bahaman, Tok Janggut, Mat Kilau, Mat Salleh, Dato’ Maharajalela dan lain-lain lagi.

            Kemenangan orang Jepun telah menaikkan semangat orang Asia yang selama ini menganggap British tidak boleh dikalahkan. Sekaligus ini menaikkan semangat kebangsaan Negara di Asia.
Pendudukan Jepun di Tanah Melayu pada 1942-1945 telah memberi keyakinan kepada penduduk Tanah Melayu bahawa orang Asia mampu menentang orang Barat yang dikatakan kuat dan berpengaruh disebabkan slogan yang dibawa oleh tentera Jepun iaitu ‘Asia untuk orang Asia’.

Kekalahan tentera Jepun menandakan berakhirnya perang dunia kedua sebelum Inggeris kembali ke Tanah Melayu . Negara ini telah dikuasai oleh parti komunis Malaya ,lebih dikenali sebagai bintang tiga selama lebih kurang 14 hari . Ini mengakibatkan berlakunya keadaan kelam kabut.kekacauan,persengketaan dan pertempuran antara kaum.

Tertubuhnya PKM(Parti Komunis Malaya) yang ditubuhkan oleh orang cina untuk mehalau Jepun dari pada Tanah Melayu.

Wujud keyakinan untuk memerintah Negara sendiri di kalangan orang melayu akibat daripada pengalaman dalam kerja-kerja pentadbiran Jepun.orang-orang melayu berasa mereka tidak lagi boleh mengharapkan Inggeris


3.4.2        Ekonomi
Kegiatan ekonomi Tanah Melayu lumpuh sama sekali,hal ini berlaku kerana British melaksanakan bumihagus iaitu memusnahkan banyak harta benda dan infrastruktur sebelum menyerah kalah.Di sebabkan hal tersebut perlombongan bijih timah dan perusahaan getah di Tanah Melayu tidak dapat dijalankan kerana telah dimusnahkan oleh british.
Selain itu, ketika pemerintahan Jepun  , Perdagangan Tanah Melayu dengan dunia luar terputus akibat peperangan .Ekonomi dan taraf hidup penduduk merosot kerana barangan pengguna dan makanan berkurangan terutamanya beras.
Disebaba kan orang melayu yang suka makan beras ,dan juga disebabkan pengedaran mata wang yang tidak terkawal pula menyebabkan inflasi melambung tinggi telah mnyebab kan beras menjadi mahal.Lalu ramai orang melayu yang kelaparan dan sakit kerana tidak cukup makan .Untuk mengatasi masalah ini tentera Jepun bertindak memaksa rakyat menanam tanaman makanan seperti ubi kayu,keledek dan keladi.Penjajah Jepun tidak mengendalikan infrastruktur dengan baik.
Perlombongan dan perniagaan dikuasai oleh pihak Jepun menyebabkan orang-orang cina dan Eropah kehilangan hak terhadap perniagaan mereka. Jepun juga turut menguasai ladang kelapa sawit dan kelapa mengawal penjualan getah menyebabkan perusahaan getah tidak berkembang pada waktu itu.
Jepun juga mengamalkan dasar pintu tertutup dengan tidak menjalinkan hubungan dengan pihak luar. Kesannya, barangan tidak dapan dieksport dan juga dimport. Akibat daripada ketiadaan hubungan perdagangan  dengan kuasa luar, Tanah Melayu menghadapi dua masalah besar iaitu masalah kekurangan makanan dan kehilangan pertukaran mata wang asing.
Oleh itu Jepun menjadikan bidang pertanian sebagai satu kegiatan umum bagi mengatasi masalah kekurangan bekalan makanan. Penduduk tempatan juga digalakkan untuk melibatkan diri dalam pertanian sara diri iaitu menanam bahan-bahan makanan sendiri yang cepat mengeluarkan hasil seperti sayur-sayuran, buah-buahan dan ubi kayu
Kegiatan pasar gelap juga semakin berkembang. Pemerintah Jepun mencetak “Duit Pisang” atau Wang Pokok Pisang dengan banyak untuk mengatasi masalah kekurangan wang tetapi ini lebih memburukkan lagi keadaan dan menjadikan nilai wang Jepun rendah di pasaran.

3.4.3        Social
Di sebabakan penjajahan jepun telah menyebabkan, timbulnya sikap antipenjajah di kalangan orang melayu semakin berkembang.
Dalam usaha untuk menjepunkan penduduk Tanah Melayu pula, Jepun telah menutup sekolah Inggeris dan memberi tumpuan kepada pelajaran Bahasa Jepun.
Akibat daripada tekanan ekonomi, kesihatan rakyat turut terjejas. Hal ini berlaku kerana terdedah kepada pelbagai penyakit dan amalan pemakan yang tidak sempurna. Kekurangan zat makan menyebabkan jumlah kematian meningkat secara mendadak.
Keadaan ini diburukkan lagi apabila bekalan ubat-ubatan tidak lagi dihantar ke klinik-klinik tetapi digunakan untuk keperluan tentera Jepun.
Nyayian dan muzik juga digunakan untuk menyebarkan budaya Jepun ke atas penduduk Tanah Melayu. Lagu Kebangsaan Jepun iaitu Kimigayo telah diajar kepada murid-murid sekolah. Jepun juga memperkenalkan penggunaan bahasa Jepun (Nippon-go) bagi menggantikan bahasa Inggeris.

4.0              Kesimpulan

Akhir sekali impak kedatangan penjajah atas negara Malaysiatelah menberi banyak kesan dari sudut politik, ekonomi, dan social.Serpeti sikap anti penjajah, masyarakat bersatu padu, perpaduan kaum, dan kemajuan dari segi perbangunan.sejarah juga telah banyak menberi pengajaran kepada kita.